Wednesday, June 10, 2009

SURAU CONTOH

SURAU CONTOH - MADRASAH AL NURIAH TAMAN PUTRA

Inilah Madrasah Al-Nuriah Taman Putra.









Madrasah ini aktif dalam kegiatan ekonominya. Ia telah menggunakan sepenuhnya potensi yang ada bagi menjana pendapatan.

Madrasah ini telah membena beberapa bangunan yang disewakan untuk berniaga makanan, kedai dobi dan komputer, kedai frame dan cendramata. Ruang tanahnya juga telah disewa kepada Maxis untuk pencawang telefon. Terdapat dua kedai lagi yang sedang dalam proses pembenaan, juga akan disewa kemudian apabila siap.

Madrasah ini juga mengendalikan kelas tafiz Al Quran untuk kanak-kanak.

Kelas untuk orang dewasa juga sering diadakan terutamanya kelas maghrib dan pagi minggu.

Berikut adalah beberapa gambar bangunan yang terdapat di kawasan madrasah tersebut.

Kunjungilah gerai/warong makanan yang terdapat di kawasan madrasah ini. Juga hadirilah kelas pengajian yang disediakan, jadualnya terdapat di blog ini dan di papan kenyataan madrasah. Juga terdapat di papan kenyataan Masjid Al Ubudiah.















Gerai Pak Hamid
Gerai Pak Halim
Gerai Husin
Gerai Hj Razaly
Gerai Man
Kedai Dobi/Komputer Ar Redha
Kedai Frame/Cendramata ABW
Pencawang Maxis
Kelas Tafiz Al Quran
Kelas Dewasa
Ada juga kebun mini



Ikutilah cerita rekaan Warong Kopi Pak Hamid di sini:-

http://alhudaakaun.blogspot.com/


Surau contoh berikutnya : SURAU AR RAIHAN TAMAN MELOR




















Surau Ar Raihan, Taman Melor Sangat aktif dalam kegiatan memberi ceramah dan mengadakan kelas agama, terutamanya kelas salepas maghrib dan pagi hari minggu dan cuti am. Kelas lepas maghrib di adakan setiap malam (bulan puasa ni cuti dulu)

Yang mengikuti kelas/ceramah tersebut terdiri daripada penghuni Taman Melor dan taman-taman sekitarnya. Ada juga peminat yang datang dari kawasan lain.

Jika anda ada masa datanglah mendengar ceramah atau menghadiri kelas agama di Ar Raihan. Jadual pengajian ada dipaparkan di papan kenyataan Masjid Al Ubudiah dan juga di laman ini. Di Ar Raihan sudah tentulah ada. Kalau ada kenalan yang selalu ke Ar Raihan bolehlah anda rujuk kepada mereka.

Gambar terakhir menunjukkan kolah mengambil wuduk, satu-satu surau yang masih mengekalkan tradisi ini. Satu lagi surau ialah Madrasatul Huda Teratai.





CONTOH:

Rajah kelas pengajian Ar Raihan bulan September 2008.







TARAWIKH DAN LAWATAN SULTAN

TASKIRAH TARAWIKH 0809142030

Pandangan di Masjid Al Ubudiah semasa taskirah Ramadhan diadakan pada 8 Septenber 2009.

































Monday, September 8, 2008

GAMBAR LAWATAN SULTAN 080908

Gambar sekitar lawatan Sultan Selangor.
Klik gambar untuk besarkan.